YB Encik Bolkiah Bin Haji Ismail yang juga ADUN N2 Pitas, dalam ucapannya menggesa para pemimpin yang berbangsa Sungai di Negeri Sabah agar terus memberi kerjasama yang mantap serta mendokong aspirasi dan matlamat persatuan agar terus releven merentasi zaman.
Mantan Presiden SABAS, Tuan Haji Ahmad Bin Abdul dalam ucapan alu-aluannya merayu kepada semua ahli SABAS agar dapat mempertingkatkan lagi perpaduan dikalangan mereka tanpa mengira idealogi politik masing-masing demi keutuhan dan kepentingan SABAS.

MAT SABAS pada kali ini telah memilih beberapa orang pemimpin baru bagi sesi 2009-2011 yang terdiri daripada YB Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris sebagai Presiden, YB Saddi Haji Abdul Rahman sebagai Timbalan Presiden. Manakala seramai tiga orang Naib Presiden dan seramai 15 orang Ahli Majlis Tertinggi SABAS yang lain telah turut dipilih. Semua pemilihan mereka telah berjalan dengan lancar tanpa pertandingan.
Dalam ucapan sulung Datuk Presiden yang juga ADUN N41 Gum-Gum, menegaskan bahawa beliau akan mengutamakan perpaduan dikalangan masyarakat berbangsa Sungai dalam memacu dan memperkasakan SABAS. Untuk tujuan ini beliau akan melantik beberapa orang tokoh dikalangan masyarakat tersebut untuk mengangotai Majlis Kerja Tertinggi SABAS sesi 2009-2011 kelak.